Salah satu sikap yang biasa didengari adalah sikap tidak mengambil berat, atau tidak kisah dengan apa yang berlaku. Bukan untuk mengajar menjadi seorang yang menyibuk, menjaga tepi kain orang atau mengambil tahu akan segala-galanya yang berlaku.
Tetapi sikap keprihatinan kepada apa yang berlaku dan terjadi di atas keadaan sekeliling perlu juga diambil berat. Terutamanya akan apa yang terjadi ke atas apa juga isu yang berkaitan dengan prestasi jualan kita.
Hanya kita seorang yang mengetahui akan apa yang berlaku sebenarnya, tanpa perlu orang lain terlebih dahulu mengetahui. Inilah sikap yang perlu ada pada kita agar sensitiviti dan kepekaan sentiasa ada dalam diri kita sendiri.
Apa yang dimaksudkan tidak mengambil berat dan buat-buat tidak tahu adalah:

1. Zon selesa – pelanggan (kononnya) mencukupi

Kita sentiasa merasakan bahawa pelanggan yang sedia ada telah mencukupi dan berlebih pula rasanya. Rasa cukup, tetapi apabila lihat pada keputusan akhir prestasi dalam mencapai sasaran yang diberikan langsung tidak ke mana. Kita masih gagal dalam melaksanakannya hanya disebabkan rupanya bekalan leads yang ada sebenarnya masih tidak mencukupi buat kita.

2. Malas mencari pelanggan

Ada masanya kita menerima pendapatan daripada komisen yang berlebih-lebihan pula. Perolehan yang berlebihan boleh menyebabkan lupa diri sewenang-wenangnya, apabila kita telah merasa dengan banyaknya.
malas

Maka timbullah perasaan dalam sanubari kita, supaya berehat dua tiga bulan. Tidak perlu untuk mencarinya hanya disebabkan pendapatan yang diperoleh masih banyak lagi. Rasa malas mula menyelubungi diri dan perasaan kita.

3. Liat menerima teguran

Setiap apa yang dilakukan untuk jualan, kita langsung tidak membenarkan orang lain memberi teguran dan cadangan yang baik demi kerjaya jualan kita. Masih merasakan apa yang kita lakukan adalah betul dan benar walaupun hasil tidak ke mana. Ilmu yang ada tidak ke mana namun masih rasa hebat dalam jualan begitu menebal.

4. Tidak perbaiki kesalahan

Selagi mampu memperoleh penutupan jualan itu sudah dikira amat baik sama sekali. Walaupun kadang kala kita menyedari mungkin terdapat salah dan silapnya tapi dengan sewenang-wenangnya kita mengabaikannya begitu sahaja. Seolah-olah apa yang kita lakukan itu adalah satu kesempurnaan.
Tidak perlu diperbetulkan dan tidak perlu melupuskan begitu sahaja akan segala kesilapan, dan kesalahan yang dilakukan hanya disebabkan hasilnya telah berjaya diperoleh mengikut apa yang diidamkan.

5. Tiada rasa untuk membuat lebih baik

Tidak guna adanya konsistensi dalam melakukan jualan tanpa ada peningkatan. Biarlah jadi nombor tiga atau nombor empat asalkan komisen dan ganjaran boleh diperoleh.
Doing better
Semangat berjuang untuk mencapai kedudukan tertinggi, dan peroleh banyak sumber pendapatan langsung tiada diambil berat langsung.

 6. Tidak mengikut perancangan dengan sistematik

Perancangan yang dilakukan hanya perancangan dalam kertas sahaja. Langsung tiada mahu untuk diikuti kerana merasakan perancangan gerak hati secara spontan itu adalah lebih utama dan didahulukan.
Perancangan yang dilakukan hanya untuk penyedap pemberian kepada ketua kita. Apa yang kita lakukan adalah rahsia besar buat kita dan tidak perlu diambil tahu dan berat oleh orang lain.

 7. Tidak membantu orang dalam kesusahan

Rakan sekerja yang berjuang sama dengan kita mungkin terjejas teruk ataupun mengalami masalah kesihatan yang berat langsung tiada kita mahu untuk memberikan dan menghulur sebarang bantuan dan pertolongan. Merasakan ini masa dia, masa kita nanti dia hendak kah menolong diri kita pula perlu difikirkan semula.
Selfish

Sebagai seorang Muslim yang sejati semangat kerjasama dan tolong menolong perlu untuk dipupuk dan disemai dengan baik sama sekali. Belajar jangan menjadi seorang yang tamak haloba tetapi belajar dan terus pelajari bagaimana kita boleh membantu dan menolong orang lain pula terutamanya ketika mereka di dalam kesukaran ataupun kepayahan yang menimpa kepada mereka.
Inilah satu sikap yang perlu dikikis dan dihindari oleh kita semua. Jangan mudah merasakan apa yang kita lakukan adalah sentiasa betul dan benar sahaja. Sindrom tak ambil berat dan tahu bukanlah menunjukkan sesuatu yang negatif dan mementingkan diri sendiri sahaja.
Sudah pasti kalau beginilah sikap kita sampai bila-bila pun orang akan cuba menjauhkan diri mereka dari kita. Perlu kah kita hidup seperti katak di bawah tempurung? Hanya mengambil tahu dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja.
Semua jawapan tersebut ada dalam diri kita ini yang boleh memberikan jawapannya. Jika ada berubahlah segera agar apa yang kita lalui dan tempuhi dalam menjalani karier jualan ini tidak dipinggirkan sama sekali oleh orang lain.