Menambah submain wiring untuk penghawa dingin di Surau UniKL, Seri Alam.

Mengambil projek Sub-Kontraktor dari Main kontraktor Mohd Ekbal Group Sdn Bhd. Projek ini menggunakan kabel 120mm 4 Core yang ditarik dari bilik MSB ke bilik DB surau tersebut. 



Kabel ditanam menggunakan corrugated pipe dengan kedalaman 2kaki yang dikorek menggunakan JCB. Penanaman kabel ini sejauh 200meter. Proses penanaman kabel ini mengambil masa dua minggu untuk disiapkan. 

Setelah proses penanaman kabel selesai, proses penyambung dilakukan. Setiap ending kabel akan di'raychem' bagi menandakan end cable dan memudakan proses penyambungan. 
Memasang roll spring untuk grounding


Memotong lebihan armour

selongsong pengendali stress dikecutkan dengan dibakar dengan api.

Setiap hujung cable kemudiannya dipasang cable lug. maaf tiada gambar semasa proses cable lug. Cable lug dipress menggunakan hydraulic press kerana saiz cable yang besar. 

Kemudian, setelah selesai proses ini, proses penyambungan cable aircond ke setiap Direct-On-Line(DOL) Magnetic Starter untuk setiap switch aircond. Aircong yang digunakan di dalam surau ini menggunakan power sebanyak 5HP. Jumlah aircond di dalam surau ini sebanyak 8 biji aircond. 

Saya sendiri memasang sambungan kabel dan menguji setiap cable supaya mengikut urutan sususan aircond.

Wayar yang telah dikemaskan ke setiap DOL untuk penyambungan.

Setelah selesai penyambungan kabel dan pengujian menggunakan insulation test, incoming supply dilepaskan oleh chargeman. 
Indicator lampu menandakan incoming supply and outgoing supply. 

Sebelum menghidupkan aircond, setiap satu phase akan diperiksa voltagenya terlebih dahulu. Voltage phase to phase adalah 415Volt dan voltage phase to line adalah 240volt. Checking voltage menggunakan voltmeter. 

Setelah selesai pengujian semua, penghawa dingin dihidupkan. Alhamdulilah projek ini selesai dengan jayanya. 

Tempoh projek : 3 Minggu 
Tarikh Projek : 20/6/2014- 10/7/2014
Lokasi : UniKL Seri Alam Pasir Gudang. 
Projek Milik : MARA
Main Kontraktor : Mohd Ekbal Group Sdn Bhd
Sub-Kontraktor : Zulhelmi dan Latifi
Chargeman : Bat Latiff.