Projek Permohonan Meter 3 Fasa Di Rumah Kedai Taman Unversiti
Assalamualaikum.
Lama tidak menjenguk kembali blog ini. Al maklum lah busy dengan final exam hari tu dan misi bantuan banjir ke kelantan. Dengan ilmu yang ada juga sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir membetulkan kerosakan terutama dalam bidang pendawaian. Alhamdulilah.
Selepas pulang dari misi bantuan banjir tersebut alhamdulilah dapat satu kerja berdekatan dengan kawasan tempat tinggal saya. Projek permohonan meter baru dan wiring submain. 3 hari siap semuanya. Pertama kali berurusan dengan kedai tenaga di batu pahat. Kebanyakan sebelum ini membuat kerja di kawasan Johor Bahru. Allah mudahkan juga urusan saya dan mudah sangat submit borang permohonan meter tersebut untuk customer.
Alang-alang free hari ini nak bercerita tentang prosedur permohonan meter 3 fasa.
Pertama sekali pendawaian dalam bangunan mestilah siap sepenuhnya dan juga siap sekali pemasangan kotak agihan.
Keduanya meter panel di hadapan kedai mestilah disiapkan termasuk kabel dari meter panel ke kotak agihan. terdapat 5 helai wayar iaitu fasa merah, fasa kuning, fasa biru, neutral dan juga bumi.

Pemasangan Kotak Agihan 3 fasa
Keduanya meter panel di hadapan kedai mestilah disiapkan termasuk kabel dari meter panel ke kotak agihan. terdapat 5 helai wayar iaitu fasa merah, fasa kuning, fasa biru, neutral dan juga bumi.
Meter Panel 3 fasa siap dipasang
Ketiganya siapkan borang dan dokumen yang diperlukan untuk permohanan meter.
1. Borang G(dicetak atas kertas warna kuning)
2. Borang H (dicetak atas kertas warna pink
3. Borang e-apllication
4. Borang pengujian
5. Pelan Lokasi
6. Circuit Diagram
7. Floor Plan
8. SSM ( Bagi permohonan atas nama syarikat)
9. Tenancy agreement bagi bangunan yang disewa
10. Ic pengarah syarikat
11. Setem hasil
Setelah selesai semuanya bawa lah pergi ke kedai tenaga untuk submit borang.
Bagi permohonan baru wang anggaran dikenakan antara RM1000 ke 1600 bagi meter berdekatan dengan tiang TNB. Jika meter berjauhan dengan TNB bayaran tambahan dikenakan untuk setiap tiang yang dimohon.
Pendepositan sebanyak RM1250 perlu dijelaskan.
Jadi jumlah yang dibawa untuk permohonan meter 3 fasa untuk pembayaran TNB sahaja adalah dalam linkungan RM2ribu ke atas.
Dalam masa 3 hari waktu bekerja meter akan dipasang di premis tersebut.
Sekian sedikit sebanyak cara permohonan meter. Permohonan meter hanya boleh dibuat oleh kontraktor yang mempunyai kompeten diperolehi dari Suruhanjaya Tenaga.
Maaf sedara.. tmpg tanya kalau pasangan meter 3 fasa baru di premis kedai dua tingkat.. lebih kurang mxm diatas keh
ReplyDeleteBoleh tuan eqbal.. Whatapp saya untuk maklumat lanjut.. 0134582038
Delete